Tuesday, October 7, 2014

TURUN BERAT BADAN MELALUI TERAPI WARNA

Assalamualaikum semua.

Hari ni admin akan kongsikan kepada anda semua berkenaan bagaimana menurunkan berat badan melalui terapi warna.

Tahukah anda, melalui terapi warna sahaja, anda mampu untuk menurunkan berat badan anda. Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa sesetangah warna boleh mengurangkan nafsu makan.

1. BIRU

- Mampu menurunkan keinginan untuk makan. Sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan dengan cepat, maka cuba ubah warna lampu di dalam peti sehuk ke warna biru selain pinggan, meja makan, cawan dan sebagainya.

2. MERAH

- Merah juga membantu untuk menurunkan berat badan. Ia juga berupaya meningkatkan kadar metabolisme badan. Selepas ni, cuba luangkan masa 10 minit sahaja untuk memvisualkan warna merah di sekeliling anda. Lakukan 2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.

3. KUNING

- Anda juga boleh mengenakan cermin mata berwarna kuning bagi mengurangkan nafsu makan sekali gus membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Cuba guna cermin mata kuning itu di wajah seelok-eloknya setengah jam sehari. Cara ini dikatakan mampu melancarkan program diet anda malah terapi warna ini juga berupaya meningkatkan aktiviti organ tubuh yang lambat.

Macam mana? Menarik ke menarik? Nak lagi? Admin akan kongsikan 3 warna lagi yang mampu untuk menurunkan berat badan esok. InshaaAllah.


Share jika anda rasa bermanfaat.

salam kasih sayang
-Team Medina Essential-

No comments:

Post a Comment