Monday, January 12, 2015

MADU SEBAGAI PENAWAR



Madu merupakan produk semulajadi yang sangat tinggi kandungan nutrien dan nutrisi. Madu diperoleh daripada nektar bunga dan kandungan manis pada buah-buahan dihasilkan oleh kawanan lebah pekerja serta disimpan didalam sarang lebah. Disebabkan itulah, kandungan dan komposisi nutrien pada madu sangat bergantung kepada punca botani disesuatu kawasan serta pengaruh cuaca dan geografi keadaan sekitar. Secara umum, madu asli yang diperolehi dari hutan-hutan botani dan pendalaman, mengandungi kandungan nutrisi yang lebih lengkap dan menyeluruh serta mempunyai tambahan nutrien tertentu yang bermanfaat kepada manusia. Sudah semestinya jenis madu ini lebih mahal kerana sukar diperolehi. Madu ini juga dikenali sebagai madu asli dan antara madu asli tempatan yang terkenal adalah madu tualang dan madu gelam.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: ‘Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah; buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat kediaman manusia. Kemudian makanlah (wahai lebah) daripada semua jenis buah-buahan lalu berjalanlah kamu mengikuti jalan Tuhanmu dengan merendah diri. Akan keluar daripada perutnya (lebah) minuman yang berlainan warnanya yang terdapat penyembuh bagi manusia di dalamnya sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi mereka yang mahu berfikir (An-Nahl:68-69)


'Berubatlah kamu dengan kamu dengan dua perkara iaitu madu lebah dan Al-Quran'. (Riwayat Ibnu Majjah)

 Tahukah anda, menurut Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa khasiat madu lebah antara lainnya ialah menambahkan kekuatan tenaga, mengatasi masalah kahak dan melawaskan kencing? Manakala, madu lebah yang dibancuh dengan air dapat mengatasi masalah gigitan anjing gila dan racun cendawan?? Malah, daging yang disaluti madu bertahan tanpa busuk selama tiga bulan. Manakala buah-buahan yang disaluti madu mampu bertahan daripada menjadi rosak selain dapat membantu proses awet muda. 


Tidak hanya dibuktikan oleh orang Islam, malah orang bukan Islam juga telah mengangkat madu sebagai salah satu ubat dan dapat merawat penyakit. Bukti daripada hasil kajian Honey Research Unit Universiti Waikato, New Zealand menunjukkan bahawa madu lebih mampu merawat lupa secara yang lebih berkesan berbanding dengan ubatan yang digunakan oleh hospital. Manakala penulisan di dalam majalah Dis Lancet Infect edisi Febuari 2003 dimuatkan kajian di mana kuman-kuman tak mampu berhadapan dengan madu. Dan itu amat sesuai digunakan sebabgai penyembuh luka. Ia juga mempercepatkan proses penyembuhan pada tempat luka.


Begitu hebat sekali madu yang kita anggap remeh adalah merupakan suatu penawar yang hebat bukan sahaja untuk manusia malah sangat berguna kepada makhluk lain di dunia ini. Jadi, mungkin selepas ini kita boleh lagi menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi berasaskan madu supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
InsyaAllah, Medina Essential merupakan salah satu pelopor yang menggunakan madu sebagai ramuan utama dalam produk Nutri Shine kami yang mana madu sangat baik dalam proses mempercepatkan pembaikkan kulit dan luka yang dialami oleh seseorang serta memberi suntikan antibodi yang kuat dalam badan manusia.  

Oleh itu, jangan ragu-ragu  untuk mendapatkan produk Nutri Shine dari kami Medina Essential selagi PROMOSI MASIH BERLANGSUNG dan 20% kami berikan kepada pelanggan cinta hati kami :)

WHATSAPP KE 016-2223444
WHATSAPP KE 016-2223444
WHATSAPP KE 016-2223444






No comments:

Post a Comment