Sunday, January 18, 2015

JERAGAT PENGHAPUS SERI MUKA



Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Selalunya kaum wanita lebih mempelopori masalah kulit seperti geragat ini. Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.

JERAGAT YANG TUMBUH DI KASAWAN PIPI

MASALAH UTAMA KAUM PEREMPUAN


Sebab-sebab terjadinya Jeragat
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh dirujuk kepada doctor, seperti penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melisma, Laser, Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis, Krim dan Sunblock akan tetapi memerlukan kos yang mahal. Jadi tidak salah sekiranya kita menggunakan kaedah tradisional dan petua orang-orang pada zaman dahulu yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak berbahaya. Anda juga boleh cuba petua-petua di bawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.
Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.


Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Setiap masalah pastinya ada jalan penyelesaian, semuanya atas dasar kesedaran sendiri sama ada mahu mengubah kerana terdapat pelbagai kaedah dan teknologi yang berlambak di pasaran. Antaranya ialah Medina Essential yang mana produk minuman kolegen berasaskan sunnah ini dapat membantu mengurangkan jeragat di muka serta membantu membentuk tona kulit sekata. Dapatkan nasihat dari kami secara personal dengan menghubungi di HOTLINE kami iaitu 016-2223444. InsyaAllah kami akan bantu anda-anda yang menhadapi masalah jeragat :)

No comments:

Post a Comment