Monday, December 29, 2014

TEAM MEDINA ESSENTIAL DI LEGEND IM!!

Assalamualaikum semua..

Harini nak cerita serba sedikit pengalaman kami dari Team Medina Essential yang berpeluang menghadiri seminar Legend IM (anjuran SIFUFBADS) yang telah pun berlangsung pada Sabtu lepas. For your information, seminar Legend IM ni menampilkan beberapa taiko-taiko yang menjalan perniagaan mereka melalui online sama ada melalui Instagram, Facebook, Blog dan juga Email. Yang penting mereka-mereka ini memang hebat. Hebat dari segi ilmu yang mana memang expert untuk setiap media sosial dan juga dari segi income yang mereka dapat.

Perkataan pertama yang terkeluar ialah WOW! Tak sangka ramai orang di luar sana yang ingin membina kerjaya melalui jual beli online ni. PESERTA yang datang memang awesome la semangat mereka. Sampai ke malam masih setia untuk kutip ilmu.

Banyak input yang kami dapat sepanjang program ni berlangsung. Banyak sangat tapi boleh cakap agak tepu la sebab nak kena compress mengajaran yang dibagi tu dalam masa seharian dari pagi. Setiap slot tu dalam sejam setengah dan mereka lebih kepada memberi tips macamana nak uruskan business dalam setiap media sosial. Memandangkan ramai sangat permintaan dalam perniagaan online dari pelanggan, tidak mustahil semakin meningkat produk-produk dan jenama-jenama baru bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Jadi, tidak mustahil juga ramai yang berminat untuk sertai kelas-kelas pendedahan macam ni. Pastinya untuk memenuhi keperluan yang semakin tinggi.

Of course macam yang kami cerita sebentar tadi mengenai kelas ni sangat pack dan tidak banyak input yang kami dapat kuasai, so setiap sifu-sifu tersebut akan buka kelas advance mereka supaya peserta dapat lebih fokus dan dapat menerima pembelajaran secara teknikal juga. Jadi, untuk yang berminat, sila berhubung dengan segera pihak SIFUFBADS untuk tidak terlepas peluang kelas-kelas yang dapat memberi ilmu dan income yang masyuk kepada perniagaan anda.


Barisan Sifu-sifu yang hadir berikan ilmu pada hari Sabtu lalu


Salah satu slot dari Mr Titan (Pakar dalam Blog)

Team Medina sempat berselfie :)

No comments:

Post a Comment